ya Rabb..

Showing posts with label Winter Gathering. Show all posts
Showing posts with label Winter Gathering. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

WG 2011: catatan visual

assalamualaikum..

sedikit catatan video untuk tatapan bersama..



terasa hangatnya ukhwah bila tengok video ni.
video ini diedit oleh saudara Nazul (Hiroshima Uni).nice vid bro!

senyum =)

*untuk semua video pengisian oleh para ustaz sila klik di sini
(ada 10 set video dalam playing list)


jyajya~

"semoga istiqamah"

Monday, January 2, 2012

WG 2011: tulang belakang

assalamualaikum..

alhamdulillah sudah dua hari tiba di Wakayama selepas seminggu bermusafir ke Kanzawa dan Toyama. baju-baju busuk belum semua terbasuh tapi blog tetap mahu diupdate.

rasanya semua sudah maklum kot melalui post sebelum ini bahawa aku pergi menghadiri satu perhimpunan untuk menuntut ilmu.

so nak cerita sedikit sebanyak tentang program tersebut. adapun tentang ilmu-ilmu yang diperoleh sepanjang program bukan di sini ruangnya.insyaAllah nanti pihak penganjur akan terbitkan kembali segala rakaman. program memfokuskan tentang solat yang dibawa oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. kebanyakan kuliah dan pengisian lain oleh Ustaz Azman Shapawi.


Ustaz Azman, aku dan Ustaz Syed
*gambar low quality - guna iphone ja

Friday, December 23, 2011

WG 2011: 18kippu

semalam, semalaman tak dapat melelapkan mata. mulanya bersembang dengan teman-teman yang dah lama tak ketemu. lepas teman-teman melelapkan mata, mula buat sedikit 'ulangkaji' dan sedikit aktiviti lama.ik2

seawal jam 6.30 pagi mula bertolak ke Osaka-eki dan bertemu dengan teman-teman dari pelbagai tempat. lepas bersembang beberapa ketika, sama-sama membeli 18kippu.

agak menjimatkan bila perjalanan yang sepatutnya bernilai ¥6000++ menjadi ¥2200 hasil perkongsian bijak 18 kippu. 9 orang jejaka berkongsi 2 keping tiket. sesuatu yang menyeronokkan sebab taun lepas aku cuma kongsi dengan seorang kawan.

saat blog ni ditulis, jam 10.09 pagi, aku masih dalam densya yang sedang membelah belantara dengan pemandangan indah. Allah sedang menghiburkan hamba-hambaNya dengan keindahan salji yang memutih. bukit, pokok, sawah, hutan, rumah, dan segala yang dilihat dari tingkap densya semuanya putih, warna fitrah yang mendamaikan.subhanallah. maha suci Allah dan setinggi-tinggi pujian bagi tuhan yang mentadbir sekalian alam

doakan perjalanan kami bersembilan selamat. jangkaan kaji cuaca menyatakan ribut salji akan melanda sepanjang hari








okes nak menikmati keindahan alam bersama kamera tersayang ^_^

Oley!! : perjalanan bermula

assalamualaikum

perjalanan WG ke Ishikawa untuk menuntut ilmu dengan ustaz oley bermula malam ini.

kesejukan malam ini sekitar 5℃ tanpa salji adalah ujian. perlukan kesabaran dan mujahadah.

tahun lepas (WG 2010) terperangkap dalam ribut salji kira-kira 5 jam. harapannya tahun ini tidaklah sesukar tahun lepas.

esok seawal jam 8 pagi akan memulakan perjalanan ke Kanazawa selama 5 jam berkereta api. dari Kanazawa pula perlukan 2 jam ke Notobe dan seterusnya menaiki bas ke tempat program.






doakan keselamatan semua peserta

*masih di Sakai dalam densya otw ke 豊川駅