di Malaysia ada pelbagai jenis raya. ada kuih raya, hari raya, jalan raya, lebuhraya, pilihanraya, bunga raya, dewata raya, hantu raya, baju raya dan macam-macam lagi. yang pastinya pilihanraya dan hari raya adalah jenis raya yang sangat dinanti-nantikan. pilihanraya, orang kampung dapat duit, dapat jalan baru, kontraktor dapat projek dan macam-macam. hari raya pulak kanak-kanak dapat duit raya.
okeh2, masuk part serius; nak buat ucapan salam perantauan yang macam kat akhbar-akhbar tuh.
zasssss.....!!
SALAM AIDILFITRI DARI PERANTAUAN

Nama Pengirim : Muhammad Syakir bin Rahim
Lokasi Pengirim : Wakayama-shi, Japan
Nama Penerima : anda yang sedang membaca
Lokasi Penerima : di mana-mana sahaja
Ucapan : Salam Ramadhan & Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini terutama sekali abah, mama, kakak dan adik-adik di rumah serta kaum keluarga yang lain di Junjong, Pulau Pinang dan Kampung Bukit Badong, Kuala Selangor dengan ucapan "i miss u all lahhh..lebiu2 ^_^". Juga buat guru-guru, rakan-rakan, senior-senior, junior-junior dan sekelian warga Pasti Kampung Tasek Junjong (1994-1995); Sekolah Kebangsaan Junjong, Kulim (1996-2001); Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (2002-2006); Institut Bahasa Teikyo (2007-2009); dan Wakayama University (2009~20xx) semoga hari lebaran membawa seribu keberkatan buat kita semua. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon keampunan atas segala salah silap, terkasar bahasa, tertajam jelingan, ternakal sana-sini, terguna ubat gigi, terlempang di pipi, tersepak di buku lali, tertumbuk di dahi, terbuli sesuka hati, terasa di hati dan pelbagai ketidaksengajaan yang kurang menyenangkan. Sesungguhnya diri ini selalu cuai dalam berurusan dengan kalian, maaf-maafkanlah yer. 0-0 ok??^_^
oh ya, tak lupa buat ayam, itik, angsa, monyet, anjing, lembu dan kambing di kampung bergembiralah kalian kerana aku tak balik tahun ini.taun depan insyaAllah aku balik.ampa jaga!!
Kapsyen gambar: (mengikut putaran jam) musim panas, musim sejuk, musim luruh dan musim bunga.
ikhlas dari,
Muhammad Syakir bin Rahim a.k.a abang chik a.k.a ket
Kejuruteraan Opto-Mekatronik
Wakayama University
insyaAllah tahun hadapan panjag umur murah rezeki saya pulang beraya bersama.
2 comments:
tambahan untuk bebudak da x gen: taun ni ampa nak letupkan rumah sapa pulak??takkan abg KL kg kubang siam lg kot??cari taget lain pulakkkk.ik2
selamat hari raya..maaf zahir..
Post a Comment