ya Rabb..

Saturday, April 23, 2011

suara hari esok



assalamualaikum...

hari ini adalah hujung minggu yang serba tak kena tapi tetap disyukuri. hujan turun dengan lebat dan latihan dibatalkan. keseorangan di rumah membuatkan aku mula tercari-cari sesuatu yang menyeronokkan bagi hati aku. so, mula la mengenang kembali zaman kanak-kanak. kan dalam post sebelum nih, aku ada berniat nak tulis semula tentang zaman kanak-kanak. so, ini hanyalah permulaan ringkas..

let me start dengan mengenang kembali lagu-lagu yang pernah aku suka dulu-dulu. bermacam genre aku minat. sebut ja XPDC, SEARCH, WING, SALEEM, SPOON, SLAM, WESTLIFE, BOYZONE, THE MOFFATS, BSB(yg mat saleh ni semua pengaruh kakak aku nih..) dan bermacam-macam lagi semuanya aku suka dan ada lagu-lagu depa yang melekat dalam ingatan aku. tapi ada satu lagu nih aku sangat suka walaupun penyanyinya tak aku kenal sampai hari ini. haaaa.sesapa masa kecik-kecik zaman sekolah rendah dulu suka tengok NTV 7 mesti akan tahu lagu ni...



bagaikan bulan

bulan menerangi malam

bagaikan daun

dibuai hembusan bayu

bagaikan burung-burung

tinggi di angkasa di langit biru

bagai mentari di sebalik awan

menyerikan alam menghidupkan bumi ini

bagaikan bintang

berkelipan diwaktu malam

bagaikan lilin

di penjuru jalan

bagaikan ombak kecil

di lautan luas berenang ke tepian

bagai mentari disebalik awan

menyerikan alam menghidupkan bumi ini

dengarlah suara kami

dendangan hati ini

kami anak bangsamu

suara hari esok

dengarlah suara kami

pupuklah jiwa ini

kami anak bangsamu

suara hari esok
(^_^)



haaaa..mesti masing-masing teringat kan??..sesaja post lagu nih sebagai mukadimah sebab dulu-dulu memang suka lagu nih. lagipun zaman sekarang dag tak dengar lagu ni kat tv. bagus untuk kanak-kanak dan juga dewasa even ada beberapa pertikaian tentang liriknya oleh beberapa pihak. yang penting bagi aku ianya bagus untuk direnungkan..tak gitu? yang suka english version boleh kilk di sini

#sesapa rasa lagu ni mengingatkan dia kepada zaman kanak-kanak,silalah senyum sorang-sorang sambil mengenang kembali zaman tersebut.hehe


yang kebosanan,
ket

Sunday, April 17, 2011

new post new story new style

setelah beberapa lama tak menekan ruangan 'NEW POST' , akhirnya semalam ada kejadian or sebab musabab yang membuatkan aku terasa nak menulis. kejadian yang mengingatkan aku kepada beberapa siri perjalanan hidup. kisahnya begini..semalam semasa menunggu di traffic light, ada sorang budak kecil (anak jepun) lambai-lambai sambil buat muka sengal usik-usik aku dari dalam kereta. rasa macam nak ja buka visor helmet dan bagi jelingan paling garang sampai budak tu terjerit or menangis.haha
*hobi sejak ada adik: usik budak.ik2

sebabnya waktu zaman kanak-kanak dulu, aku memang selalu macam tuh bila naik kereta. terutama sekali bila polis ada buat road block. ada saja muka-muka sengal or 'retarded face' aku persembahkan kat polis yang menahan dan memeriksa kereta mama dan abah. sampai kena usik dengan hantu polis. hahaha. panjang cerita hantu polis ni kalau nak ditulis. nanti nak kena check balik rentetan peristiwa secara detail dengan mama dan abah.

sebenarnya aku mengalami sedikit sindrom takut untuk menulis dan gusar untuk bersuara sejak akhir-akhir ni. dulu, ada beberapa orang selalu menegur aku, "ang ni laser la", "mulut takda insurans.." dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. aku buat kering ja dengan semua tu sebab aku memang jenis akan terus cakap or bersuara as long as aku rasa benda tu perlu diperkatakan. cuma kalau dihujahkan kembali dan ternyata aku bersalah/tersalah memang aku takkan teragak-agak untuk tarik balik kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan tersebut. tapi tak kurang jugak ada sesetengah rakan yang menyokong ucapan or teguran or perbuatan aku dengan ayat yang lebih kurang macam nih; "ket, kalau semua orang nak tegur lembut-lembut, tak pedas dan asyik membelai jiwa, sapa lagi nak bg buah hat jenih keras skit.keep it up. cuma jangan terlebih..dan bla bla bla". aku anggap sokongan itu sebagai satu penghargaan dan aku teruskan macam biasa sebab aku tak rasa pun ada part-part 'laser' dalam apa yang pernah aku perkatakan.

DUA PERISTIWA terbaru
1. aku tak pasti sama ada perbuatan aku tu adalah 'laser' atau tidak. hanya dengan sepotong ayat pendek di ruangan komen fb yang aku tinggalkan sebagai persoalan membuatkan seseorang yang mempunyai 206 mutual friend mencampakkan aku keluar dari friend list dia. bukan sedih pun. tak pernah rasa sedih pun kalau setakat putus 'persahabatan' di alam fb. terguris sikit ja. cumanya tertanya-tanya salahkah ayat aku tersebut? pedih sangat kah? kisahnya begini.. seingat aku, teman aku tersebut ada meletakkan link tentang video seorang gadis nak bunuh diri terjun bangunan pasaraya di Kelantan dengan berserta komennya yang berbunyi "inikah yang dikatakan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?". lantas aku dengan pantas menjadi pengomen pertama dengan meninggalkan ayat pendek "kat mana salahnya slogan tersebut?". esoknya aku dapati tertera button [+Add as Friend] kat profile member yang 5 tahun aku kenali di zaman sekolah menengah. memang betul apa orang kata, 'it tooks years to build a relationship but only a second to destroy it'. terpinga-pinga jugak aku atas sebab apa aku dikesampingkan. sebab komen tersebut or memang dia sedang menjalankan 'friend-cleansing' dari friend list dia. tapi kenapa kami masih punyai 206 mutual friends? hampir sebulan aku ternanti-nanti untuk di add kembali namun sampai hari ini senyap jaa. prinsip aku mudah. aku tak akan add kembali orang yang dah delete aku sebab aku bukan pembersih ludah orang lain. hang dah ludah, hang jilat la balik.takpun lap la balik bagi bersih. aku senang hati ja nak terima kalau dah dibersihkan. bukannya kali pertama orang buat macam ni kat aku. tapi insyaAllah, bengang macam mana pun, kalau di add kembali insyaAllah aku tak kejam sangat nak block.cuma perlukan sedikit masa la kan.orang cakap time is the best healer..

2. ini pun kisah fb jugak. apa kejadahnya fb ni banyak memberi jiwa kacau entah la. betul la ustaz aku pesan dedulu. "banyak memiliki, banyaklah urusannya.." banyak kawan banyak juga ragamnya. ni kisah seorang amoi yang suka emo-emo kat fb. tapi satu hari tu kan, aku tengok dia emo sampai maki-maki kat status dia. segala macam mak nenek keluar; bulls*** la, s*** la, dan perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya. atas dasar kasihan dengan side-effect yang aku kira berisiko untuk amoi muslimah bertudung tersebut, aku pun bagi la nasihat kat dia tetapi bukan secara terbuka. aku guna jalan perantara. perantaranya adalah balak/bf kepada amoi tersebut. aku cuma cakap dekat bf amoi tersebut, "tegur-tegur la orang rumah tu, dop molek org tengok".itupun di ruangan chat. kiranya antara kami berdua sahaja. tak timbul aku memalukan di khalayak. kesannya seminggu selepas tu sekali lagi button [+Add as Friend] muncul di profile amoi tersebut yang mempunyai 52 mutual friends.haha. ok enough. aku rasa lepas ni aku cuma akan jaga tepi kain orang yang sudi kainnya dibetulkan. taknak sudah!haha.ini bukan emo ok.

tu dua ja contoh terbaru. tak perlu kot diceritakan semua peristiwa lain. cumanya, sampai hari ini aku tertanya-tanya, 'laser'kah perbuatan tersebut? apakah ini sebenarnya takrifan laser yang sering dikait-kaitkan oleh sebilangan kenalan (especially perempuan) terhadap diri aku. ajarkan aku takrif 'laser' duhai sahabat-sahabat yang disayangi. onegai =.=

ok, berbalik kepada kisah di traffic light dengan kanak-kanak jepun tersebut, aku rasa aku nak start tulis dan ceritakan kisah zaman kanak-kanak aku la. tak dak kacau jiwa sesapa. lagipun 3 minggu lepas waktu video call dengan mama, banyak la kisah kanak-kanak aku diceritakan kembali oleh mama untuk didengari oleh adik bongsu aku. dari kisah nakal sewaktu umur 4 tahun yang membuatkan abah buang aku tepi jalan sampai mama nangis-nangis hinggalah kisah penghujung darjah 6 di mana aku kena kejar dengan abah keliling masjid dan macam-macam lagi.haha..agak ekstreme aku rupanya dulu-dulu. bila mama ingatkan balik kisah-kisah lama malam tu, aku jadi teringat balik semua benda. seolah-olah satu tayangan TV wide screen datang menerpa. dan yang paling best, mama ada request suruh aku tulis balik kisah kanak-kanak aku. untuk tatapan anak-anak cucu katanya.haha. at that time, macam gelak-gelak ja dengan idea mama tu. tapi sejak semalam terasa nak menulis dan mengenang kembali kisah-kisah lama. sesaja tulis untuk masa lapang kot. bukan target untuk anak cucu baca pun. entah sempat beranak bercucu pun tak pasti la kan. moga-moga penceritaan tentang kisah lampau akan memahamkan teman-teman siapa aku dan apa sejarah yang aku lalui.cewahh.bajet macam tokoh la pulak.haha sesaja ja ok.takda idea.

zaman kanak-kanak: spot me!!!!


hurm..bercakap tentang nak tulis kisah-kisah lama, bukan beerti aku nak tinggalkan terus isu-isu semasa. yang mana perlu akan disentuh. tapi akan kurangkan 'jaga tepi kain' orang even aku memang dituntut berbuat demikian dalam dunia yang serba laju nih. 'dalam kain' konfem aku tak kacau aih...bulat ka bujoq ka hitam ka cerah ka aku tak mau ambik tau aih..dengaq nih leklok!



takkan la bila nampak member sendiri buat tak betul nak wat dono dengan harapan akan ada ustaz-ustaz yang berbuat demikian untuk teman-teman tersayang. tu bukan sayang namanya tuh. ustaz-ustaz ada tugas depa yang khas kan. tugas kita betulkan yang mana boleh sesama kita la ek.


macam ni kategori laser jugak ka??bagi aku ok ja

ok, nantikan new post seterusnya dengan tema-tema baru.
harap-harapnya dapat bagi masa untuk satu post seminggu.seminggu satu sudah la
gambarou


jya,
ket
641-0051
*poskod baru tuh.hehe




Sunday, April 3, 2011

10 minit: apa khabarmu sahabat?

assalamualaikum..

beberapa hari lepas sebelum tidur, waktu setting alarm kat jam iphone, sempat jenguk ke group Da' X Gen kat fb. seorang kenalan post satu short film. terus tekan like dan play nak tonton tapi terlena. pagi ni tengok semula.



dah tengok??

tengok elok-elok dan fahami. dari pemahaman aku, setiap 10 minit kita adalah berbeza. bukan terhad kepada jangka masa 10 minit sahaja. entah-entah setiap saat kita berbeza dari segi suasana, kesulitan, kegembiraan, apa yang bermain dalam benak fikiran, dan bahkan mungkin berbeza dalam bab memperhambakan diri. itulah uniknya kehidupan.

ok, mengambil skop 10 minit, ianya mungkin berbeza antara seseorang yang berada di alam percutian sesi pengajian dengan seseorang yang sedang bergelut dengan kesibukan final exam.

berbeza juga 10 minit seseorang yang menikmati suasana aman sambil melayari youtube, membalas komen di fb, bersembang di skype dengan seseorang yang berada di tanah bergolak; tiada masa membalas emel, tiada kelapangan bersolat secara tamam, terpaksa menggalas senjata mempertahankan watan dari dikuasai penjajah dan pelbagai keperitan.

berbeza juga 10 minit perasaan seorang anak muda berusia 20an di tanah asing yang bangun tidur sambil termenung rindu teringatkan mamanya menyediakan secawan milo panas setiap pagi dengan seorang anak kecil survivor tsunami yang bangun pagi menanggung perasaan rindu sambil menghadap laut dan bertanya bilakah ibu, ayah dan adiknya akan dipulangkan semula oleh laut yang menghantar ombak besar untuk menelan mereka yang dia sayangi.

terlalu banyak perbezaan walaupun sekadar 10 minit yang dipertimbangkan..

menonton short film 10 minit tadi membangkitkan sedikit rindu dan resah yang akhirnya diterjemahkan sebagai sebuah tulisan. jika sebelum ini rindu dan resah itu wujud cuma di benak pemikiran, hari ini ia ditulis untuk dihayati. tak salah juga jika aku katakan tulisan ini ditulis untuk mengingatkan rakan-rakan lain (terutama IBT F20's otokotachi) tentang nasib rakan kita di tanah bergolak. kalau ada yang masih ingat tentang mereka, doa-doakanlah kesejahteraan dan keselamatan mereka.

masih ingat dengan mereka??

esam (libya), ali (yaman), aku n agheh (mas)


abdurrahim (libya)

again with esam

tak dapat dipastikan bila kali terakhir aku bertemu wajah dengan esam dan ali. tapi sehari sebelum fly ke Jepun tahun 2009 dulu, sempat berbual melalui telefon dengan esam. kali terakhir berbual dengan ali al yamani adalah melalui ym tahun lepas. khabarnya sudah pulang ke yaman. seminggu sebelum berangkat ke Jepun tahun 2009 juga sempat gi makan pizza dengan abdurrahim kat Tesco Mergong, Alor Setar sebab waktu tu dia dah sambung MBA kat UUM. abdurrahim dah pulang ke libya tahun lepas. sejak abdurrahim pulang ke libya, pernah beberapa kali kontek melalui ym. tapi semenjak dunia arab bergolak, tak ada seorang pun yang online kat ym. apalah nasib mereka agaknya. semoga semuanya baik-baik sahaja.

menonton al jazeera menambah resah di dada. teringat dahulu pernah berbicara tentang Muammar Gaddafi dengan esam dan abdurrahim. kedua-duanya amat menyanjung Gaddafi kerana sikapnya yang tak pernah tunduk kepada tekanan dunia barat dan amerika. walaupun ada beberapa perkara yang mereka berdua berbeda pendapat tentang Gaddafi, aku dapat rasakan kedua-duanya sayang dan senang dengan Gaddafi. teringin sekali bersembang dan bertanya perkara sebenar yang berlaku di sana. ditambah pula selepas tersebarnya fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi untuk menghalalkan darah Muammar Gaddafi di media elektronik.

pandangan kedua-dua orang ini (esam dan abdurrahim) mungkin penting dalam aku mengiyakan fatwa qardawi tersebut. bukan mencari jalan mengingkari sebuah fatwa, cuma berhati-hati dalam tindakan atau persetujuan. esam bukanlah orang yang biasa-biasa. memegang PhD dalam veteriner science, seorang huffaz al-quran dan juga cucu kepada Omar Mukhtar; individu penting dalam gerakan pembebasan libya dari cengkaman itali. darah pejuang mengalir dalam tubuh esam dan terzahir pada fizikal serta tutur katanya bila berbicara tentang bab jihad. abdurrahim pula adalah anak kepada salah seorang pegawai tinggi dalam angkatan tentera libya. semestinya dia lebih tahu inci-inci pergolakan yang tercetus.

apapun aku tetap merindui teguran-teguran esam terhadap kesalahan bacaan quran aku dan kesungguhan abdurrahim mengajar aku bahasa arab. tak lupa juga lawak-lawak arabic-english ali yang hanya boleh difahami setelah difikir berkali-kali. semoga kalian selamat, tanah air kalian juga selamat dari penguasa yang zalim serta penjajah yang tak pernah jemu mengintai peluang meneguk kekayaan dunia arab.

walaupun sudah beberapa bulan kita terputus hubungan lisan, aku tetap yakin belum sampai masanya untuk dihadiahkan solat ghaib untuk kalian. masih ada doa seorang sahabat dari bumi yang aman. mungkin juga selepas tulisan ini dipostkan, bilangan pemohon doa kepada Allah atas kesejahteraan dan keselamatan kalian juga akan bertambah. itulah harapan besar aku sebagai sahabat atas usaha sekecil ini. moga-moga ada doa yang diterima tanpa hijab oleh Allah daripada rakan-rakan yang sudi mendoakan kalian.

buat rakan-rakan, terutamanya yang mengenali insan-insan diatas, utuskanlah doa buat mereka. meskipun 10 minit kita semua mungkin berbeza, sudikanlah menyeragamkan seminit atau dua minit yang kita miliki untuk berdoa atas tujuan yang sama; SEMOGA ALLAH MENYELAMATKAN SAUDARA KITA DI TANAH BERGOLAK..ameen


love,
Muhammad Syakir bin Rahim


Friday, April 1, 2011

sabishi!


salam to all

lama tak menulis.malam ni terasa nak menulis. sekadar meluahkan perasaan je la.
maklum la takda pendengar nak diluahkan. so amik keputusan untuk menulis di sini.

tadi dapat invitation futsal daripada budak-budak Kobe University (shindai). tetiba rasa sedih la pulak sebab orang yang selalu teman aku keluar dari Wakayama untuk gi main futsal dengan budak-budak kansai yang lain dah tak ada kat sini. dah balik Malaysia. huhu.samishiiiiii. senpai aku yang bernama Halim dah balik Malaysia. macam tak percaya. cepatnya masa berlalu. sori ek Halim sebab tak sempat hantar kat kanku (Kansai Airport) haritu. ada hal sikit.


our last pic [sotsugyoshiki]

selalunya bila ada futsal budak-budak kansai, Wakayama hanya aku dengan Halim yang akan pergi. lepas ni nampaknya sorang-sorang la. nak pulak takda junior baru masuk. memang pasnih lagi jarang la aku tunjuk muka kat budak-budak kansai yang lain. demn tak seronok kot naik densya sejam setengah sorang-sorang.

nampaknya aku dah start kena berdikari untuk gi Osaka or Kobe sorang-sorang bila orang ajak main futsal. budak-budak Wakayama yang lain memang tak minat dengan futsal. kalau main kat Wakayama ni pun, aku main dengan jepun-jepun cap power rangers. honki nak mampus even baru sekali main dengan diorang. tak kesian langsung kat orang Melayu sorang nih.huhu. so untuk memastikan kaki tak berubah menjadi bangku or meja, nampaknya tak ada pilihan lain la selain berkelana sorang-sorang la bila orang ajak gi main.

pasni dah tak boleh tidur dalam densya dah sebab takda orang nak kejutkan untuk norikai or bila dah sampai eki. pastuh kalau aku tido dalam densya, dah takda makhluk berkaca mata hitam nak curi-curi ambil gambar aksi aku tidur dalam densya. haha

tu je kot nak tulis sekadar nak hilangkan rasa teringat kat senior sambil menghidupkan kembali blog yang dah lama direhatkan.
semoga aku boleh hidup dengan teratur dan baik walaupun selepas ketiadaan orang-orang yang selalu menasihati, membantu, dan macam-macam lagi.
gudluck Halim n wife kat Malaysia!!

love,
ket

Wednesday, March 23, 2011

terjumpa dan tersenyum..

baru ja nak lena awal tetiba terjumpa benda nih kat wall fb member

tersenyum sebab banyak lagi perkataan-perkataan yang tak pernah dengar dan tak pernah guna
hurm..5 tahun bukan tempoh yang cukup untuk mendapat semuanya

sesaja nak share

..bila lama sgt x blik KEDAH, haadduiii...


ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot ba...wah pokok tu, banyak dahan gheput.


ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..


kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...


selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...


meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..


ghona-ghoni [gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia


ghuyup [ghu.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu meghuyup nak mampuih.. kot!


ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..


nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!


bulog [bu.log] lapar sangat Tak kebulog aku nak makan masakan dia tu..


taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?


ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?


ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..


geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!


mod [mot] bawak pembonceng/ penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...


sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!


sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!


seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!


Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi


Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari


Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi


Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu


Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia


cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin seneghih - berlaga sipi-sipi beghetoh - berlaga,


pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"


mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"


pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat


ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin


Heliaq - sapu atau lap ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.


Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja. ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.


Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidoq melingkaq macam ulaq sawa.


Baloq liat - malas ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.


Ceghin - tegak Kughuih Kelepiang - teramat kurus. ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.


kawaq - pencuri melewaq- merayau/melilau


teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...


cemerkap - tak cermat megheben - mengarut celuih - muat,padan oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg.. idup kedah!!kedah boleh!!


Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."


meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)


bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"


segagan - sebaya beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....


met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....


Toyu - kicap,


segan - malu,


beranda - serambi


mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...


melugai/menugai- meloya tambahan loghat perelih :


raba - pemadam


gurmit - pengasah pensil, sharpenner


tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...


tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau


telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...


peqhak - peqhak buih laa hang niii...


teqhandaih - terhantuk...


seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...


seghoh - kuruih,


gelap kelam - gelap,


tirih - bocoq


plantaq - tempat duduk kat belakang gerek,


ghelai - hancur


loghat - sibuk, penyibuk cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..


punggai/tongkoi - baling,membaling ayat:mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.


geleboq - lumpur ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi...


meghela - gatai,suka dok kacau orang ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?


belengaih - melekat bergetah ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.


pengkarq - kaki kenkang ayat:kaki mat din pengkarq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.



somehow i miss the good old days =)





love,

ket

Monday, March 21, 2011

satu tahun


fuhh..

harini tamat menonton IRIS. kali terakhir menonton drama korea adalah Witch Yoo Hee,bermula sehari selepas pulang dari sebuah perjalanan menjalin kasih di korea dan berlanjutan selama seminggu.

seminggu menghabiskan 20 episod IRIS rupa-rupanya adalah waktu yang sama aku berada di korea bersama rakan-rakan setahun yang lalu. satu kebetulan yang tak dirancang. tersenyum sekejap melihat kebetulan ini. naluri apakah yang membuatkan aku terasa untuk mendownload dan menonton drama korea selepas setahun berbuat demikian? entah,tiada jawapan!

ternyata tempoh antara dua drama yang ditonton ini pelbagai cerita timbul. setahun bukan terlalu lama untuk dikenang kembali.

ada sedikit rasa terhimpit malam ni bila membaca catatan perjalanan ke korea setahun lalu dari blog seorang sahabat.



baru setahun bai..tak sampai 4/5 tahun lagi..huhu

semoga Allah memelihara hati kita semua dalam segala hal..ameen


love,
ket
640-8404



Friday, March 18, 2011

3 nikmat


salam jumaat yang penuh barakah

sekadar berkongsi untuk renungan bersama

semak kembali 3 nikmat yang kadang-kadang kita lalaikan





moga ada kebaikan untuk semua

assalamualaikum.

Thursday, March 17, 2011

anjingkanlah dirimu


hari ini menonton media luar, tersenyum dalam penuh rasa kepahitan.
senyum untuk memujuk hati supaya tenang.
menelan kepahitan atas beberapa ketidakpastian.

US mengarahkan rakyatnya berada diluar radius 80km dari reaktor nuklear ketika kerajaan Jepun hanya mengarahkan semua berada 20km dari reaktor Fukushima yang terbakar.

wikileaks menyatakan Jepun belum mengambil langkah yang benar-benar serius untuk membendung bala radiasi.

televisyen tempatan melaporkan hingga saat ini 800 trip helikopter telah dikerahkan untuk menuang 750 tan air ke dalam reaktor-reaktor yang terlibat.

melihat pada visual di televisyen, kelihatannya seperti air yang dituang bagi menyejukkan reaktor atau memadam kebakaran yang tersisa tampak mustahil. tapi itu sudah cukup menunjukkan bahawa mereka berusaha sehabis baik. semua yang terlibat dalam proses tersebut berisiko terdedah kepada radiasi yang boleh membawa kepada kematian. ketika orang lain berpusu-pusu meningkatkan jarak antara batang tubuh mereka dengan reaktor kepada 20km, 30km, 50km dan seterusnya, ada manusia yang sanggup mengambil risiko berada kira-kira 20-30 meter betul-betul atas reaktor yang diselubungi asap. ia bukan asap yang biasa tetapi asap yang penuh berisiko. tapi, mereka adalah orang yang sanggup berkorban. mereka adalah hero! bukan ultraman.

ketahuilah situasi sebenar. berfikirlah dengan tenang. supaya yang risau dan runsing memahami dan mampu tersenyum lega


=) ^_^ (^。~)


berdasarkan update fb dan twitter rakan-rakan, sudah ada yang mula bergerak ke nishi-nihon, ada yang dah membeli tiket pulang ke Malaysia dan ada yang diarahkan pulang oleh penaja masing-masing. pantas sekali!

pagi tadi seorang rakan berkongsi sebuah video clip di fb..



sesuatu untuk direnungkan..

madrasah manakah yang mendidik anjing ini?
berapa lamakah anjing ini saling mengenali?

anjing yang tidak berakal masih punyai jiwa yang kasih dan menuntut kebersamaan dalam susah dan senang; apakah cara kita melarikan diri/menyelamatkan diri adalah lebih mulia dari tindakan anjing tersebut ? tidak dapat dipastikan sama ada anjing tersebut sudah saling mengenali atau tidak sebelum tsunami melanda mereka, tetapi nilai yang ada pada anjing tersebut sangat menyentuh jiwa.

anjing bertompok tidak melarikan diri untuk mencari perlindungan keselamatan tetapi masih setia di sisi anjing putih untuk menarik perhatian para penyelamat. kelihatannya seperti anjing putih sudah mati pasa awalnya. tetapi kemudiannya jurukamera menyedari bahawa anjing putih tercedera. mungkinkah anjing bertompok tersebut sedar yang si anjing putih sudah ketiadaan kudrat untuk menyalak dek kerana kecederaan bagi menarik perhatian penyelamat membuatkan ia terus menunggu di situ. hanya Allah dan anjing tersebut memahami bahasa 'keanjingan' yang tersembunyi dari pengetahuan manusia.

bukanlah untuk menuding jari mengatakan mengatakan yang cabut lari balik Malaysia lebih hina dari anjing, tetapi ada nilai kemanusiaan yang perlu ditukar ganti dengan nilai keanjingan kalau semua beranggapan cabut lari balik ke Malaysia adalah langkah terbaik. masih ada langkah alternatif untuk kita mengelakkan diri menjadi lebih hina dari anjing.

bagi yang sudah pulang atau sedang merencanakan perjalanan pulang, silakanlah. aku tiada masalah dan halangan untuk itu. setiap orang punya alasan tersendiri. tapi iringilah kepulangan dengan doa dan nasihat berguna kepada rakan-rakan yang ditinggalkan. atau sekurang-kurangnya nyatakanlah pelawaan kepada kawan-kawan yang bakal ditinggalkan untuk turut serta ke 'tempat selamat' yang ingin/bakal kita tujui walaupun sekadar ajak-ajak ayam. moga-moga sisi kemanusian kita tidak terpadam di mata mereka yang banyak membantu semasa kita senang di sini.


LUPAKAH KITA

kenangkan kembali ketika mula-mula membuat keputusan untuk datang ke Jepun dahulu. beberapa tahun dahulu, ketika ada diantara kita yang zero langsung tentang hiragana, katakana dan kanji, apakah kita membuat keputusan untuk ke bumi Jepun ini tanpa mengetahui bahawa ia memang negara yang dibayangi risiko bencana alam. kalau perkara risiko bencana alam tiada dalam pertimbangan lantaran tiada pengetahuan tentang itu, bolehlah ambil sijil PMR masing-masing dan padamkan subjek Geografi dari senarai. boleh??
bukankah juga pada tahun 2004, sehari sebelum diumumkan keputusan PMR, tsunami telah memperkenalkan dirinya kepada rakyat Malaysia dengan menstruktur semula topografi beberapa pantai di semenanjung dan meragut ribuan nyawa. lupakah kita tentang perkataan 'tsunami' yang berasal dari negara Jepun dan terus digunakan di seluruh dunia. tidak pernah bertanya kenapa sampai seluruh dunia menggunakan perkataan Jepun tersebut?

apakah kita masih lupa tentang risiko tsunami ketika menjejakkan kaki ke sini? mustahil untuk lupa bukan? dari sekecil-kecil gempa bumi yang mengusik, bayangan tsunami senantiasa ada dalam benak. justeru, ketika pengetahuan tentang tsunami wujud dalam benak fikiran, apa faktor yang memberanikan kita terus bermastautin, belajar, berkaraoke, bermain bola, ber-reunion dan berbagai-bagai 'ber' lagi ?? faktor apakah??

bagi aku secara peribadi, we are all aware about the disasters thingy. cumanya yang memberanikan diri menjejakkan kaki di sini adalah faktor kepercayaan kepada Allah. percaya bahawa Allah telah mengatur daripada sekecil-kecil urusan sehingga sebesar-besarnya. kerana percaya bahawa segalanya telah ditetapkan; di bumi mana kita akan menghembuskan nafas terakhir, penyakit apa yang akan menyapa kehidupan, dengan siapa akan kita berhadapan, kerisauan apa yang bakal mengetuk hati, dari celah mana rezeki datang dan lain-lain hal lagi membuatkan kita terus berani kekal di sini. semuanya sudah ditanam dalam diri kita semenjak mengenali rukun Iman ke-6; percaya kepada qada dan qadar!
justeru adakah yang perlu dirisaukan lagi? kelihatannya seperti tiada bagi mereka yang PERCAYA.


terkenang dialog tahun lepas dengan orang beberapa junior nihonjin yang bertanya,
"kalau berlaku perang di Jepun, ketto nak balik Malaysia or tinggal sini?"
dengan mudah aku jawab
"balik laaa kalau boleh.family saya semua kat Malaysia kan..taknak ah mati sorang-sorang di sini..kenapa?"

waktu itu, suasana agak tegang antara Korea Utara dan Korea Selatan. 'perang singkat' berlaku antara Pyongyang-Seoul. kapal tentera masing-masing dibom dan ada beberapa penduduk awam terkorban.semua orang bercakap pasal perang sebab hari-hari televisyen menunjukkan berita pasal perang.

"nak ikut!!" kata seorang junior.
yang lain pun cakap "nak ikut!!",
sambil angkat tangan buat muka sengal+tahan gelak. lawak betul budak-budak nih

"passport ada?? wakaka"
sengaja usik budak-budak ni sambil cakap kat diorang,
"family korang kan kat sini, duduk la sini lawan dengan musuh.kalau semua ikut pergi Malaysia, sapa nak jaga keluarga. sapa nak protect Nihon?hahaha " jawab aku dalam nada bergurau.
bukan menyatakan ketidaksudian tetapi sekadar mengusik sambil menasihati. semua gelak-gelak sambil cakap aku kedekut..haha
pastu tetiba ada kawan cakap
"ooo..Jepun aman nak duduk. perang nak lari.mana boleh.kena sama-sama la lawan musuh..hahaha.busuk punya orang..hahaaha"
nah..aku dicop kusai ningen.wahaha.so aku jawab je la
"ok2..nanti kita lawan sama-sama.lepas menang balik Malaysia sama-sama..haha"
memang suasana ketika itu penuh dengan gelak tawa sebab bukan peperangan sebenar. walaupun perkara tersebut boleh dikategorikan persoalan pelik bagi aku, aku dapat merasakan ia adalah rasa kebersamaan yang perlu ada bagi setiap orang.

jadi berbalik kepada bencana yang menimpa Jepun sekarang, apakah patut kita melarikan diri?
mungkin ada yang akan berkata "radiasi bukan benda yang boleh dilawan macam perang. tunggu apa lagi, cabut lari la!". or mungkin akan ada yang berkata "wakayama tak kena boleh ar sembang kemaih macam orang baik" hahaha..sebenarnya aku sendiri tiada pendirian yang benar-benar teguh dalam hal ni. kalau diarahkan balik, perlu balik la kot. sebabnya kedatangan aku ke sini pun berhantar. kalau disuruh balik oleh orang yang menghantar, apa boleh buat kan. kalau secara tetiba nak balik dengan alasan nak elak radiasi atas kehendak sendiri, insyaAllah tak kot. langsung tiada dalam perancangan.

OK! after all the lawak bodoh, caringness, friendliness, senyuman manis, muka sengal, kudaranai hanashi, the sense of belonging dan berbagai-bagai lagi yang kita dapat dari orang Jepun, sanggupkah nak tinggalkan mereka ketika keadaan sangat tersepit ketika ini?
mana rasa kebersamaan yang sering disemai dalam kem-kem kepimpinan atau kem-kem motivasi semasa kita di alam sekolah menengah ?
pilihlah untuk menjadi manusia atau yang lebih teruk dari anjing tersebut.
sekurang-kurangnya, anjingkanlah nalurimu wahai manusia yang sudah terlalu lama bersenang!

fikir-fikirkanlah..



"nobody can see other's mind but everybody can see kind thoughtfulness"

"nobody can see other's feeling but everybody can see kind consideration"

Sunday, March 13, 2011

ia adalah sebuah cinta


hari ini menghilangkan kesunyian dan kerisauan pagi dengan berlayar di alam youtube setelah bosan menonton al jazeera dan laporan berita Jepun. terjumpa pulak dengan produk cetak rompak a.k.a plagiarism yang membuatkan diri tersenyum keseorangan. kreatif! not bad laaa orang kedah cakap..^_^

saksikan ini...



dan ini juga..



ambillah apa yang dirasakan baik dari kedua-dua clip nih..=)

secara umumnya aku suka dengan kedua-dua clip. both the original poem and the copied one. tapi suka tak bermakna setuju dengan semuanya. ada ruang untuk perbezaan pendapat. memandangkan post ini bukan bertujuan menganalisis or mengkritik karya sastera, perbezaan pendapat tentang kedua-dua hasil kerja ini aku simpan dulu. cuma ingin berkongsi part yang paling aku suka dari kedua-dua video clip sahaja.

kata-kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada cinta/tarbiyyah

dalam menguraikan cinta/tarbiyyah, akal terbaring tak berdaya

bagaikan keldai terbaring dalam lumpur

cinta/tarbiyyah sendirilah yang menerangkan cinta/tarbiyyah dan per-cinta/tarbiyyah-an


benar sekali..
bila orang bertanya apa manisnya tarbiyyah, ramai yang kehilangan kata-kata untuk menghuraikan kemanisan tersebut. samalah seperti orang bertanya "manisnya gula itu bagaimana ya?" yang ditanya pasti bingung untuk memberi gambaran sifat manis gula tersebut dengan kata-kata kepada yang bertanya. cara paling berkesan untuk menerangkan sifat manis tersebut adalah dengan memberi gula kepada yang bertanya. dan seterusnya yang bertanya pula mesti sudi membiarkan gula cair di atas lidahnya. insyaAllah dia akan faham apa itu kemanisan gula selagi lidahnya berfungsi dengan baik.

berbalik kepada hal tarbiyyah, memahami erti tarbiyyah secara takrifan tekstual tanpa memberanikan diri berada di dalam madrasah tarbiyyah atau menjadi penonton dari luar madrasah tarbiyyah bukanlah kaedah yang efektif untuk memahami kemanisannya. anda pasti terpinga-pinga kehairanan sekiranya kaedah yang kurang efektif ini terus diamalkan. tinggalkan kaedah tersebut dan masuklah ke dalam mana-mana madrasah yang menyediakan ruang pentarbiyyahan, nescaya yang bertanya or yang tertanya-tanya akan faham. yang ditanya insyaAllah tidak akan kedekut untuk membuka jalan kepada yang bertanya or yang tertanya-tanya. sehikmah mungkin anda akan disantuni insyaAllah. mudah-mudahan kemanisan akan tersebar luas. bila masing-masing sudah faham dan menikmati kemanisan tarbiyyah, persoalan mengapa seseorang beria-ia benar meninggalkan urusan yang kelihatannya menguntungkan pada pandangan mata biasa untuk mengutamakan urusan-urusan tertentu akan terjawab secara automatik. kata-kata yang panjang lebar sudah tak diperlukan untuk memberi penerangan.

jadi, ayuh beranikan diri anda berdaftar dengan mana-mana madrasah tarbiyyah dan manjakan diri anda dengan kemanisan yang bakal menyusul.


banyak dah merepek nih..(~.~)。o00○
sekian saja,
salam tarbiyyah bersulam CINTA .


Saturday, March 12, 2011

kita adalah hamba


assalamualaikum

pagi ni tergerak hati nak menulis sedikit sebanyak tentang berita yang menggemparkan dunia; tsunami dan gempa bumi di Jepun. semua orang bimbang dengan hal ni. dari ancaman angin dan ombak hinggalah kepada kebocoran sisa radioaktif dari reaktor nuklear. semuanya menakutkan andai kita berpegang kepad prinsip 'expect the worst'. so, kurang-kurangkanlah diri kita membuat anggapan yang pelbagai bagi mententeramkan jiwa dan minda. tunggu, lihat dan hadapilah seadaanya.

nasihat aku, mari kita bersangka baiklah dengan Allah. semua yang berlaku ni dah tertulis. kelihatannya ringan untuk aku menggerakkan jari menaip, tapi yang sedang berhempas pulas dari segi emosi dan jasmani mungkin sedang mencari secebis semangat dan harapan. semoga dipermudahkan segala urusan wahai insan-insan terpilih. Allah sedang menguji hamba-hambaNYa.

untuk pengetahuan semua, tempat aku, Wakayama-shi, capital of Wakayama-ken masih ok walaupun dah keluar warning (banyak pengumuman dibuat, helikopter berlegar-legar meninjau laut, siren kedengaran serta berbagai-bagai lagi). a lil bit tense though! tapi syukur keadaan masih terkawal sebab Wakayama-ken terletak beratus kilometer dari pusat gempa dan Wakayama-shi agak terlindung dari laut terbuka. cumanya tak boleh terlalu leka la. dalam keadaan sedia sentiasa.

menurut ramalan jabatan meteorologi, Wakayama akan dilanda tsunami dan gempa yang lebih dahsyat kesannya dari gempa bumi kobe(1995) dalam tempoh 30 tahun akan datang. (if i'm not mistaken.cant remember the exact year)



berbalik kepada gempa bumi dan tsunami; menonton siaran televisyen Jepun, semuanya sedang kelam-kabut dan berusaha sedaya upaya meminimumkan kesan gempa dan tsunami. lain pula halnya apabila menonton Al Jazeera (eng). ada juga pandangan yang mengatakan Jepun adalah negara yang berpengalaman luas dalam hal tsunami dan gempa bumi. tersenyum sorang-sorang aku dengar. sebabnya pengalaman kadang-kadang sukar membantu bila suasana jadi kelam-kabut. di Jepun hari ini, penyampai berita dan kru di studio-studio pun ada yang memakai topi keselamatan. satu situasi yang jarang-jarang berlaku. tambahan pula, semasa menyampaikan laporan berita, studio dan lampu-lampu bergoyang.

teringat sebuah filem The Sinking of Japan yang pernah ditonton sewaktu belum menjejakkan kaki ke sini. sebuah filem yang menceritakan kemungkinan Jepun akan lenyap dari peta dunia. banyak fakta saintifik yang pahit untuk ditelan dari jalan cerita filem tersebut. segalanya tak mustahil. mungkin fakta-fakta saintifik yang pahit untuk ditelan ini juga merupakan salah satu sebab masyarakat Jepun sangat berusaha keras memperbaiki sistem pengurusan alam, kaedah pencegahan bencana, teknologi kalis gegaran dan sebagainya. satu usaha syariatullah yang baik dan terpuji. semua orang sedar jepun terletak betul-betul di atas lingkaran api pasifik dan yang mendasari tapak negara bersifat pulau ini adalah barisan gunung berapi yang sentiasa patuh kepada arahan sang penguasa alam. begitu juga kajian yang menunjukkan Jepun terletak di atas pertemuan 3 keping plat tektonik yang bila-bila masa boleh bergerak. andai ketiga-tiga plat tektonik ini bergerak menjauhi satu sama lain, sayonara (goodbye) la jawabnya. mungkin peta dunia juga perlu dilakukan pengubahsuaian.




apapun yang bakal terjadi,semuanya sudah tertulis. perlu diingat, alam yang terdiri daripada gunung berapi, plat-plat tektonik, ombak, angin dan sebagainya adalah makhluk merangkap hamba yang sangat patuh kepada segala arahan al Khaliq. cuma makhluk yang bernama manusia sahaja yang kerap melanggar arahan dan sering mencari helah serta alasan untuk tidak mentaati Allah. kononnya sudah terlalu bijak mungkin. jadi, ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan tentang apa-apa yang patut.

mungkin dengan kejadian-kejadian seperti ini, Allah merancang untuk memperkenalkan diriNya sebagai tuhan Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya kepada rata-rata penduduk Jepun yang sudah leka dari konsep hidup bertuhan. semoga mereka sedar, segala usaha makhluk no matter how precise and accurate they are, tidak akan pernah memberi 'kesan' kepada perancangan Ilahi. lahirnya penerima-penerima anugerah nobel dalam bidang sains dan reka cipta bukan jaminan kita akan selamat dari ancaman ini. mungkin juga perkara sebegini akan mengingatkan masyarakat Jepun bahawa tuhan tidak hanya berfungsi ketika berlakunya kematian saudara-mara. who knows?perancangan Allah memang di luar dugaan makhluk. sebabnya kebanyakan mereka percaya tuhan wujud. cuma ia bukan perkara yang perlu diambil serius dalam melayari kehidupan. biarkan tuhan dengan dunia ketuhanan dan kita manusia berusaha untuk kehidupan manusia. ini adalah simpulan ringkas berdasarkan perkongsian cerita aku dengan rakan-rakan di sini. semoga goncangan kecil ini turut menggoncang jiwa penduduk jepun untuk menyedari hakikat kehambaan, serius untuk bertuhan dan beragama..amiin

dalam kekalutan sebegini, rasa syukur atas nikmat Islam dan Iman semestinya sedang mencapai kemuncak kesyukuran bagi sekalian mukmin. kita mampu mencari Allah untuk mengadu, merintih dan berharap. tenang dan menguntum senyum sambil menyembunyikan air mata resah. kalau kepercayaan kita terhadap kekuasaan Allah mantap, aku yakin segalanya mudah. kata kuncinya adalah PERCAYA. percayalah ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. PERCAYA ini jugalah yang menjadikan kita MUKMIN. dapatkan rasa kePERCAYAan tersebut andai hati masih dicengkam rasa yang kurang enak.

ingat pesan murabbi agung, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berpesan:

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."

xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx
melihat status-status fb dan twitter para sahabat di Jepun sudah cukup melegakan. alhamdulillah semuanya dilaporkan selamat. tapi ada juga yang melucukan. contohnya seorang sahabat yang pulang ke Malaysia bercuti merungut tentang apa agaknya nasib LCD-wide screen tv yang baru dibeli bulan lepas. kelihatannya risau sekali. ditambah dengan usikan teman-teman yang memberi komen. lucu jugak.
xxxxxxxxxxxxxxx------------xxxxxxxxxxxxx

rasanya cukuplah setakat ini coretan pagi sabtu. ini hanyalah peringatan dari seorang hamba yang kasih kepada sahabat se-hamba dengannya hanya kerana Allah. jangan lupa mendoakan apa yang terbaik.



salam kasih, tenang, syukur dan bahagia bagi hamba-hamba yang percaya kepada janji pencipta
love~