Friday, April 1, 2011
sabishi!
Wednesday, March 23, 2011
terjumpa dan tersenyum..
..bila lama sgt x blik KEDAH, haadduiii...
ghonot [gho.not] tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu Hang kena hati-hati sikit ghonot ba...wah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin [ghu.pin] kulit kering dari luka Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek [ke.chek] pujuk Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
selului [se.lu.lui] kerap kali Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop [me.ghe.lop] hampir malam Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni [gho.na] warna-warni Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghuyup [ghu.yup] lesap sekelip mata/ terlalu laju Ish, puak ni bawak mutu meghuyup nak mampuih.. kot!
ghosek [gho.sek] selongkar Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyulog [nyu.log] jatuh tersembam/ dibelasah teruk Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!
bulog [bu.log] lapar sangat Tak kebulog aku nak makan masakan dia tu..
taboh [ta.boh] pukul/ belasah Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah [ghe.lah] terkoyak Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih [ghu.naih] cungkil/ kupil Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek [ge.ghek] basikal Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!
mod [mot] bawak pembonceng/ penumpang Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan [sa.kan] hebat/ tak sangka Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh [se.keh] luku secara sipi Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih [se.ne.ghih] selisih Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin seneghih - berlaga sipi-sipi beghetoh - berlaga,
pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat
ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin
Heliaq - sapu atau lap ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja. ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni : tuu dia tengok misai tidoq melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin - tegak Kughuih Kelepiang - teramat kurus. ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang,rambut pulak ceghin macam bulu landak.
kawaq - pencuri melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn diteghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...
cemerkap - tak cermat megheben - mengarut celuih - muat,padan oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg.. idup kedah!!kedah boleh!!
Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."
meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)
bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
segagan - sebaya beghemba - bersaing-saing... "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....
met ngot - lembab selembab-lembabnya.... Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....
Toyu - kicap,
segan - malu,
beranda - serambi
mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...
melugai/menugai- meloya tambahan loghat perelih :
raba - pemadam
gurmit - pengasah pensil, sharpenner
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...
peqhak - peqhak buih laa hang niii...
teqhandaih - terhantuk...
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi...
seghoh - kuruih,
gelap kelam - gelap,
tirih - bocoq
plantaq - tempat duduk kat belakang gerek,
ghelai - hancur
loghat - sibuk, penyibuk cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..
punggai/tongkoi - baling,membaling ayat:mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.
geleboq - lumpur ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi...
meghela - gatai,suka dok kacau orang ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?
belengaih - melekat bergetah ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.
pengkarq - kaki kenkang ayat:kaki mat din pengkarq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.
somehow i miss the good old days =)
love,
ket
Monday, March 21, 2011
satu tahun
Friday, March 18, 2011
3 nikmat
Thursday, March 17, 2011
anjingkanlah dirimu
US mengarahkan rakyatnya berada diluar radius 80km dari reaktor nuklear ketika kerajaan Jepun hanya mengarahkan semua berada 20km dari reaktor Fukushima yang terbakar.wikileaks menyatakan Jepun belum mengambil langkah yang benar-benar serius untuk membendung bala radiasi.televisyen tempatan melaporkan hingga saat ini 800 trip helikopter telah dikerahkan untuk menuang 750 tan air ke dalam reaktor-reaktor yang terlibat.
"kalau berlaku perang di Jepun, ketto nak balik Malaysia or tinggal sini?"
"balik laaa kalau boleh.family saya semua kat Malaysia kan..taknak ah mati sorang-sorang di sini..kenapa?"
"nak ikut!!" kata seorang junior.
yang lain pun cakap "nak ikut!!",
"passport ada?? wakaka"
"family korang kan kat sini, duduk la sini lawan dengan musuh.kalau semua ikut pergi Malaysia, sapa nak jaga keluarga. sapa nak protect Nihon?hahaha " jawab aku dalam nada bergurau.
"ooo..Jepun aman nak duduk. perang nak lari.mana boleh.kena sama-sama la lawan musuh..hahaha.busuk punya orang..hahaaha"
"ok2..nanti kita lawan sama-sama.lepas menang balik Malaysia sama-sama..haha"
"nobody can see other's mind but everybody can see kind thoughtfulness""nobody can see other's feeling but everybody can see kind consideration"
Sunday, March 13, 2011
ia adalah sebuah cinta
kata-kata pecah berkeping keping begitu sampai kepada cinta/tarbiyyah
dalam menguraikan cinta/tarbiyyah, akal terbaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta/tarbiyyah sendirilah yang menerangkan cinta/tarbiyyah dan per-cinta/tarbiyyah-an
Saturday, March 12, 2011
kita adalah hamba

"Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin, semua urusannya baik baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki kecuali oleh seorang mukmin. Apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya."
Thursday, March 10, 2011
perihal tanaman
- apakah kita sudah benar-benar menggali dan menikmati hasil tanaman generasi terdahulu??
- sudahkah kita menanam sesuatu untuk dinikmati oleh generasi selepas kita??
Monday, March 7, 2011
kenali Ahong
Bawa Pendakwah China ke Malaysia
Ismail Hashim (Harakahdaily)
Badan-badan Islam disaran berusaha membawa pendakwah dari Negara China terutama golongan Ahong yakni imam yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas di dalam mengamalkan kehidupan beragama untuk tujuan dakwah kepada masyarakat Cina di negara ini.
Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Prof Dr Awang Sariyan berkata, Islam yang dibawa ke negara itu sekitar pertengahan abad ke 7 oleh Sahabat Nabi Muhammad bernama Saad Abi Waqas diterima baik oleh Maharaja China dewasa itu.
Menurutnya, sehingga kini jumlah umat Islam di negara Asia Timur itu sekitar 70 juta dengan nilai keIslaman dan syiar agama yang hebat seperti pintu gerbang ke kediaman mereka yang bertulis Basmallah dan Allah Muhammad.
Prof Awang menyampaikan ucapan itu dalam majlis Syarahan Sarjana Pelawat anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam, 16 Februari lalu.
Ucapan sekitar dua jam bertajuk Kembara Bahasa di China; Memupuk Kerjasama Ketamadunan Melayu-China itu banyak memberikan input baharu kepada khalayak pendengar dengan bentuk penyampaian beraudio visual.
Turut hadir di dalam majlis itu adalah ketua jabatan, pensyarah kanan, pensyarah dan staf yang kelihatannya sangat berpuas hati dengan pendedahan maklumat termasuk hubungan Malaysia China, perkembangan agama dan kemajuan Bahasa Melayu mutakhir.
Prof Dr Awang Sariyan adalah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sejak awal 2008.
Sebelumnya Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Profesor Bahasa di UPM dan di UM; tenaga akademik UIAM, Universiti Brunei Darussalam dan UPSI; Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara; Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura.
Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000-2008) dan anggota Kumpulan Perihatin; pernah aktif dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).
Penyampai lebih 200 ucap utama, syarahan, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Rusia, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand); penatar kurus bahasa dan penulisan profesional; penulis lebih 50 judul buku bahasa, pendidikan, kamus serta Profesor Adjung UPSI.
Menjawab satu soalan, Prof Awang berkata, kedatangan Islam pada abad ketujuh itu diterima baik sehinggakan Maharaja China menaja pembinaan banyak masjid sebagai lambang agama Islam.
Kerana itu, ujarnya, bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu, jangan terkejut jika melihat terdapat colok gaharu diletakkan di mimbar-mimbar masjid dan ukiran binatang di tempat ibadat.
"Colok gaharu dan ukiran binatang itu adalah budaya masyarakat China yang sedikit pun tidak mencacatkan aqidah umat Islam," tegasnya.
Beliau berkata, terdapat perbezaan besar antara orang China yang datang ke Melaka bersama gerombolan Laksamana Cheng Ho yang membawa Islam dengan mereka yang dibawa datang ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris.
Katanya, Laksamana Cheng Ho atau dalam Bahasa Chinanya disebut sebagai Zheng He adalah seorang pahlawan utusan Maharaja China yang datang ke Melaka adalah seorang Islam.
Cheng Ho pula jelasnya mengikut kajian absah, merupakan seorang pahlawan hebat yang mempunyai susur galur darah keturunan Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. yakni anak kepada Saidina Ali dan Fatimah.
Bercakap tentang Ahong, beliau berkata, setiap orang daripada mereka mempunyai kelayakan hebat kerana mereka diwajibkan mengikuti Pengajian Agama Islam selama tiga tahun.
Mereka mempunyai kemahiran berbahasa etnik termasuk Bahasa Arab yang fasih, jelasnya, mereka juga merupakan penghafaz Al-Quran yang dilatih khas bagi memenuhi keperluan agama dan umat.
Tamadun China sangat hebat dengan usianya melebihi 5,000 tahun dengan 56 kumpulan etnik dan hubungannya dengan tamadun Melayu yang berusia 2,000 tahun amat penting dikaji dengan lebih mendalam, jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, interaksi tamadun Malaysia China bukan hanya berlaku pada 1974 tetapi bermula sejak Zaman Han Shu pada 140 S.M. ekoran pelayaran utusan Maharaja Wu Di ke India melalui Tanah Melayu.
Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7.
Dalam majlis itu, Prof Awang banyak mengemukakan saranan bernas antaranya; penyelidikan hubungan Malaysia/alam Melayu dengan China dalam pelbagai aspek, ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran dari zaman dahulu hingga kini berdasarkan sumber China dan Melayu sendiri.
Begitu juga dengan perkembangan Islam di Tanah Besar China dan kaitannya dengan pengIslaman di alam Melayu, kajian-kajian perbandingan dengan pelbagai aspek dalam tamadun China dan Islam termasuk budaya dan bahasa.
*diambil dari facebook Kembara Bahasa
Sunday, March 6, 2011
promosi


