ya Rabb..

Monday, August 16, 2010

zzzZZzzz..

ASSALAMUALAIKUM semua..

Pada saat ketika post ni ditulis, aku sebenarnya sangat mengantuk dan penat.Aku tulis ni dengan harapan rasa mengantuk tu akan lari dan menghilang.Orang cakap bila penat+mengantuk ni, ubat paling mujarab adalah TIDUR.Tapi aku terpaksa bertahan walaupun aku bersetuju dengan nama ubat tersebut.Sebab apa aku mengantuk? Sebab apa aku penat? Sebab apa yang aku terhegeh-hegeh tak tidur tapi memilih untuk menulis? Kejap lagi aku bagi jawapan.




Jawapannya..
Penat sebab aku baru balik dari kobe dan osaka selepas dua hari aku keluar kejap dari kg. wakayama ni.
Mengantuk sebab aku tidur 2 jam ja semalam. Pastu pagi tadi masa dalam densha(train/keretapi) on the way dari kobe-wakayama, aku cuma boleh tidur-tidur ayam ja.
Sebab apa aku tak tidur even rasa sangat mengantuk adalah kerana aku menunggu tetamu yang nak datang rumah.So, terpaksa membuat mata bertahan dengan apa-apa aktiviti yang ada.

Sebenarnya aku berniat nak tulis dan kongsi apa yang aku lalui sepanjang 2 hari di osaka dan kobe. Tapi aku simpan dulu la benda-benda yang perlu diceritakan dengan lebih teliti. Cukuplah aku nyatakan dulu tujuan aku ke osaka dan kobe. Aku ke osaka sebenarnya dengan niat asal nak mencari omiyage(souvenir) untuk dibawa pulang ke Malaysia dan nak pi bertarawih di Osaka Mosque. Tapi tiba-tiba ada jemputan dari kawan-kawan di osaka untuk sama-sama join majlis berbuka puasa di sana. So,ikut je la kan. Rezeki jangan ditolak. Pastu niat aku ke kobe memang nak pergi berbuka dan bertarawih di Masjid Kobe. Dah sampai masjid kobe banyak cerita pulak yang jadi.Nanti la cerita-cerita panjang tu aku update kemudian.

Jam baru pukul 9.30 pagi tapi badan aku berpeluh-peluh dah ni. Rasanya perlu mandi ni.So, aku stop setakat ni dulu. Mandi dulu kot2 mengantuk boleh hilang lepas mandi..hehe

Friday, August 13, 2010

lamanya aku berpencen..

hurm..lama benar rasanya aku tak merepek-repek makan kerepek kat sini..entahla..banyak benda bermain dalam kepala otak tapi satu pun tak terluah di sini or di mana-mana ruang yang ada..

eh terlupa pulak..belum bagi salam
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera...
sila jawab ok!

Bercakap bab salam ni kan.Aku teringat kata-kata sorang ustaz yang aku ikuti kuliahnya di alam maya.Ustaz cakap, memberi salam adalah satu-satunya amalan SUNAT yang diganjari pahala lebih besar daripada amalan WAJIB.Alasannya adalah kerana pemberi salam(sunat) adalah orang yang memulakan perbuatan baik sedangkan yang menjawab(wajib) pula bukan orang yang memulakan.Lebih kurang macam tu laaa..ntah la.Aku pun ingat-ingat lupa.Apa-apa hal pun kita tak perlu bertekak pahala siapa lebih besar.Bagi salam dan jawab salam sesama kita dah cukup bagus aku rasa.Tinggal kat nihon ni susah nak bagi salam kat orang.Jumpa member asyik ckp OHAYO jer..Pagi pon sebut OHAYO.Tengahari pon OHAYO.Petang pon OHAYO..hahahaha.lawak betul la.Padahal OHAYO kalau diterjemah bermaksud selamat pagi.Layan je la..budaya orang kan.Buat apa la aku nak komplen banyak-banyak budaya orang lain.Raikan je la setakat yang boleh.Pepatah melayu pun ada kata 'masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu menguak' kan????Cuma aku tertanya-tanya kalo termasuk kandang harimau apa perlu aku buat.MENGUCAP agaknya..haha.Tapi kan, kadang-kadang aku terfikir,tak semua benda kita kena ikut budaya tempatan kan?kan?kan?Tolong la iyakan kata-kata aku nih.

Aku pon tak tahu sebab apa aku tetiba merepek tentang salam dan ohayo nih.Otak aku ni betul ke tak nih?Aku rasa ni sebab aku menulis tanpa tujuan yang jelas.Aku memang selalu macam ni,gagal menentukan halatuju yang jelas sebelum bertindak.Bila di tengah-tengah perjalanan,baru ada idea.
Peribahasa melayu yang aku guna tadi tu pun entah betul ke tidak maksudnya.Entah-entah tak selari pun dengan apa yg aku nak sampaikan.Seriously, aku main bantai je tulis ikut apa yang ada dalam kepala.Mungkin aku perlu jadi lebih teratur lepas ni setiap kali sebelum menulis.

Apa lagi yer aku nak tulis nih?
Hurm..tiba-tiba aku teringat tentang kisah-kisah lucu yang pernah terjadi antara aku dengan kawan-kawan di sini..nak share ke tak ek?Aku kena tenangkan fikiran baru boleh tulis dengan baik.Nanti la yer..ada baiknya aku susun semua cerita-cerita lawak tu elok-elok dulu sebelum aku cerita kat semua.Takut gak nanti kalau aku cerita lompat sana lompat sini, aku sorang je yang rasa lawak tapi pembaca jadi blurr.Aah..sebelum aku tamatkan post kali ni aku nak ucap SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kat semua.Ok la.Kena berhenti setakat ni dulu sebab tak masak apa-apa lagi untuk sahur kejap lagi.Kalau ada silap kat mana-mana mohon diberi tunjuk ajar.

SELAMAT BERSAHUR
jumpa lagi nanti insyaAllah

Sunday, April 4, 2010

hari itu dalam sejarah...

wah...
dah lama tak buka blog sendiri tetiba harini rasa nak menulis semula.ni la akibatnya buat blog tanpa keikhlasan..hahaha.cuma yang peliknya kenapa tetiba aku rasa nak menulis??hurm..aku sendiri tak reti nak jawab..itulah aku.selalu tak dapat jawab soalan yang aku sendiri cipta..ik2

takpa2..tu bukan persoalan utama..lagipon soalan macam tu tak keluar dalam exam pon..sebenarnya kan,tadi masa aku tengah kemas2 meja,terpandang kalendar n baru aku sedar yg harini adalah 4 April 2010..pergh terkenang la pulak..ehem.apa ada dengan 4 April tu ek?

sebenarnya pada 4 April 2009 adalah hari aku mendaftar menjadi pelajar Wakayama University(wadai)..so nampaknya hari ini dah genap setahun aku menjadi pelajar wadai secara rasmi.takde plak rasa terkenang,sedih,nostalgik or mcm2 lagi menemani aku sepanjang hari ini kecuali PENAT tapi SERONOK..sebab apa penat?sebab apa seronok? kejap lagi aku story k..haha.now aku nak cerita tentang aku,wadai dan malaysia..

aku WADAI dan malaysia..
simple gila lambang..haha

apa yang menarik tentang dai(universiti) aku nih?sebenarnya banyak benda tentang dai ni yang aku suka.paling aku suka sensei2 yg lawak even kadang2 aku x paham pon apa yg diajar..hahaha.cuma firstly aku nak bagitau kat semua yang aku dah berjaya tunaikan azam pertama aku bila mula-mula sekali sampai jepun nih.iaitu taknak ponteng kelas..alhamdulillah aku berjaya menghadirkan diri bagi semua kelas yg aku ambil sepanjang bergelar pelajar wadai walaupun ada gak kelas kadang-kadang aku tertidur or lewat skit.bapak skema hang ni ket oiii!!hehehe..so rakyat malaysia yang membayar cukai jangan sumpah aku sebab aku dah cuba tunaikan sedikit tanggungjawab yang hampa semua campak atas bahu aku..tapi tu baru sikit kot..banyak lagi kan..aduh kan dah susahkan diri sendiri..sapa suruh gatal terima tanggungjawab..ik2..takpa2.ganbare!!!

secondly yang membuat aku rasa wadai ni best adalah logonya yg simple..takdak gambar harimau,takda gambar alatan-alatan makmal dan takda lagi gambar-gambar yang sewaktu dengannya..simple itu kan best..haha

yang ketiganya...aduss byk sangat la pulak.nanti la aku sambung bila ada mood.tetiba mood hilang..huhu.kemana engkau wahai incik mood??ayoyo..
tidur dulu la weh..penat la pulak..aku janji nanti aku sambung cerita lagi..bubye~

assalamualaikum

Monday, March 22, 2010

cubaan 1 2 3..

assalamualaikum..

hahahaha..akhirnya aku terlibat dalam dunia blog.ni semua cuti punya pasal.pastu ditambah dengan hasutan member-member suruh buat blog.

aku dapat rasakan cuti yang panjang ni ibarat seorang yang sudah pencen.bosan takdak ayat kot.nasib baik keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan.terisi juga la masa lapang yang ada disamping mengubat rindu kat kawan-kawan lama.ada yang dah hampir setahun tidak bersua muka..alhamdulillah korea menjadi tempat pertemuan kita walaupun bukan semua..hehehe

apsal pulak aku banyak merepek kat first post aku nih??
jadi la sikit-sikit wahai 'pelajar pencen'..stop dulu.kawan-kawan pon dah ajak tido..jom2
apa-apa pon ni first post aku kot.ada salah silap tolong beri tunjuk ajar..

assalamualaikum..